Feb 9, 2010

Keistimewaan Cloth Diapers

Apa KeIsTimEwaAnnya??

~ Bayi akan rasa lebih selesa .
Lapisan dalam CD ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas (bahan microfleece iaitu lapisan yang bertindak sebagai liner) yang mana bayi akan rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas, tiada pengudaraan dan merengsa kulit.


~ Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam lampin yang menyakitkan anak (free nappy rashes). Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

~ Mengurangkan risiko penyakit Lelah (Asthma)

Recent research has linked childhood asthma with disposable diapers. They believe the chemicals in the disposable is acting like a trigger for the asthma”

Sourced from Mothering.com
Disposable Diapers Linked to Asthma
Issue 98, January/February 2000


~ Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Senangkan!!

~ Tak mudah bocor !
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.

~ Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 3 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.

~ Lebih Jimat
Anda tidak perlu membeli lagi lampin pakai buang setiap bulan kerana dengan penggunaan CD, anda boleh ulang pakai sehinggalah anak tahu ke tandas sendiri! Malah boleh disimpan dan digunakan semula untuk anak-anak anda yang seterusnya nanti!

~ Mesra Alam YY
Penggunaan CD boleh membantu menyelamatkan alam sekitar. Lebih mesra alam. Bayangkan selama ini kita telah membuang pampers pakai buang yang mana ianya mengambil masa 300-500 tahun untuk dilupuskan.

~ Rekaan yang sungguh unik dan moden
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.

~ Warna -warna yang ceria
Mempunyai banyak pilihan warna dan corak untuk koleksi anak-anak. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.


YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY


" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang?

Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "


1. Bahan kimia Dioxin
Disposal diapers mengandungi Dioxin.Dioxin ialah bahan yang terhasil dari proses pelunturan. Dioksin juga merupakan toksin yang bersifat karsinogen dan ini merupakan penyebab kanser..banyak negara sudah mengharamkan penggunaan karsinogen kerana keburukannya..So, kenapa kita biarkan si Manja memakai lampin yang bahaya ni!!

2. Sodiom polyacrylate
Bahan kimia ini bertindak menyerap dengan banyak. Bila basah,ia akan bertukar menjadi gel.Untuk pengetahuan anda, bahan ini akan menyebabkan kulit si Manja jadi kemerah-merahan. Gel ini juga boleh menyebabkan muntah-muntah,jangkitan kuman bila lambat ditukar dan demam bila berlaku alahan yang kronik. (Info tambahan: Gel ini tak lagi digunakan dalam tampon wanita sejak diharamkan pada tahun 1995 kerana dikatakan penyebab Toxic Shock Syndrome).

3. Tributyl Tin

Bahan ini merupakan environmental pollutant dan sangat bertoksik.Bahan ini mengganggu sistem hormon dan imunisasi badan.





No comments:

Post a Comment