Feb 18, 2010

Cara Penggunaan & Pengendalian CD





Macam mana nak pakai tu? Senang ke susah?




Senang aje. Lampin kain moden ni tidaklah sesukar atau seleceh mana pun. Mungkin mula-mula tu rasa leceh@kekok (coz selama ni pakai dan buang, pakai dan buang kan!).

Untuk memakai CD ni, setkan dulu saiz (sama ada S atau M dgn membutangkan butang2 yg berkenaan, utk saiz L tak perlu buat apa2). Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket). Untuk penggunaan siang hari hanya perlu masukkan 1 insert dan utk malam gunakan 2 insert. ** setting size CD tu tak perlu dibuka apabila basuh. TARAA!! dah sedia untuk pakaikan CD pada si Manja..dan sekarang ni dah ade CD jenis AIO ini di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Boleh terus pakaikan pada si manja! Mudahkan!!




1. Poket CD- ruang untuk masuk CD


2. Masukkan insert dlm poket


3. CD dah sedia untuk dipakai pd si Manja




Macam mana nak basuh?



Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je macam kita basuh baju hari-hari, dan boleh dicuci dengan mesin basuh atau tangan.Tips nak basuh seperti dibawah :-

h Mula-mula keluarkan insert daripada pocket pant itu.

h Utk CD yg terkena kencing saje, sila bilas dahulu dan letak di dlm baldi yg kering (jika mahu kumpul utk sekali basuhan). Jika secara basuh tgn, hanya perlu dicelup2 dlm air dgn sedikit sabun dan digosok2 lembut, kemudian bilas dgn air yg mencukupi hingga bersih.

h JANGAN kumpul CD lebih dari 3 hari!!

h If si Manja poop pulak(terkena najis), buang dulu najis dlm mangkuk tandas (alirkan dgn air yg laju/ disental lembut) dan bilas sblm diletakkan bersama CD lain yg nak dibasuh (dalam baldi kering, bkn direndam).

h Andaikata masih ada kesan kekuningan @ kehijauan pada CD tu...jgn risau! Kesan itu akan hilang apabila dijemur di bawah cahaya matahari.

h Digalakkan dan seelok2nya CD dijemur di luar rumah @ kena cahaya matahari sekurang2nya sekali seminggu (cahaya matahari bertindak sbg peluntur dan pembunuh kuman semulajadi!!)



Pesanan/ peringatan

j Bagi pencucian dengan mesin basuh, gunakan laundry bag untuk menjamin jangka hayat CD.
j Gunakan sedikit sahaja sabun, hanya 1/4 daripada sukatan sabun biasa. Maknanya utk kain biasa yg sebanyak itu anda gunakan 1 sudu, jadi utk CD hanya gunakan 1/4 (suku) sahaja.
j JANGAN gunakan berus bagi cucian tangan.
j JANGAN gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim, sebab akan cepat merosakkan diaper dan boleh mengakibatkan sensitif pada kulit bayi.
j JANGAN rendam CD kerana ianya boleh menjejaskan kadar serapan insert dan boleh menyebabkan bau busuk pada CD.
j JANGAN rendam/jirus CD dengan air panas yang mendidih kerana akan merosakkan CD.
j JANGAN iron/ seterika CD
j Bagi CD jenis velcro, pastikan pelekat velcro dilekatkan pada laundry tab (tutup ke belah dlm CD) supaya tidak melekat dgn insert dan CD yg lain.
j Bagi CD jenis button pulak, time nak bukak button tu..jangan direntap @ ditarik kuat...karang tertanggal plak button tu... buka secara berhemah ye.

Petua Pencucian
1. Vinegar/Baking soda: Campurkan sedikit vahan ini dalam rendaman. Bahan ini membantu menghilangkan kotoran, bertindak sebagai pelembut dan memutih serta menyeimbangkan pH.
2. Jus lemon: Boleh digunakan sebagai penghilang kotoran semulajadi bagi CD
.



Serbuk Pencuci yang disyorkan oleh ibu -ibu yang berpengalaman menggunakan CD

. Pureen HAD/ABD (dalam bentuk serbuk, jangan gunakan cecair)
. KAO Attack
. Cosway - KIDDIEWASH
. Top detergent
. Trojan (serbuk pencuci paling murah)
. Harimau Kuat

No comments:

Post a Comment